Rabu, 2 Julai 2014

RESIPI ATAU RESEPI

Kita jarang mengambil peduli tentang kesilapan ejaan terutama perkataan yang bukan laras bahasa kebiasaan kita.

Saya tergerak untuk mengajukan perkataan berikut untuk perhatian. 'Resipi' atau 'resepi' yang mana satu betul. Merujuk kata asal kata pinjaman ini ditulis sebagai 'recipe' maka pada pandangan anda manakah yang betul?

Merujuk Kamus Dewan Edisi 4, ejaan sebenar ialah 'resipi' sebagai senarai bahan (ramuan) dan peraturan yang diperlukan dalam menyediakan sesuatu masakan atau makanan; cara atau kaedah mencapai sesuatu tujuan.

Kesimpulannya, kita kerap mengeja mengikut bunyi bukan ejaan sebenar. Kesilapan sebeginilah yang menyebabkan terlalu banyak kesilapan pada papan-papan tanda dan iklan.