SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU
Sistem ejaan bahasa
Melayu telah mengalami pembakuan sejak beratus-ratus tahun jika
mengambil kira tulisan
Jawi sebagai tulisan tradisi bahasa Melayu. Sistem ejaan Rumi dirumuskan sistem
penulisannya sejak awal abad ke-20. R.
J. Wilkinson (1904) telah berhasil menyusun
Asas sistem ejaan Rumi
bahasa Melayu.
Za’ba kemudiannya
telah memperkemasnya sehingga menjadi satu sistem ejaan yang digunakan di sekolah
selama 30 tahun. Pada tahun 1972, satu
ejaan terhasil melalui kerjasama dengan Indonesia. Di Malaysia, sistem ejaan
itu dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu manakala di Indonesia, dikenali
sebagai Sistem Ejaan Yang Telah Disempurnakan.
Sistem pengejaan
baharu bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua sistem, iaitu Sistem Keselarasan
Huruf Vokal (untuk pengejaan kata jati bahasa Melayu) dan Sistem Kekecualian
Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata pinjaman).
Sistem Keselarasan
Huruf vokal.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz 2008,
keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk
dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara dua huruf vokal pada suku
kata praakhir dengan huruf vokal pada suku suku kata akhir tertutup. Di samping itu, prinsip keselarasan huruf
vokal ini berlaku dengan syarat-syarat yang berikut:
- Keselarasan adalah antara dua huruf vokal pada kata dasar.
- Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.
- Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata,yang terlibat dengan sistem keselarasan vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.
Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu,18 pola keselarasan huruf vokal
seperti
berikut:
Bil.
|
Suku Kata Praakhir
|
Suku kata Tertutup
|
Contoh Perkataan
|
1
|
a
|
-a
|
asah, balak, halaman
|
2
|
a
|
-i
|
alih,
balik, sumbangsih
|
3
|
a
|
-u
|
asuh, datuk, lembayung
|
4
|
e
pepet
|
-a
|
emas,
kelam, tembeling
|
5
|
e pepet
|
-i
|
lebih, betik, sembelih
|
6
|
e
pepet
|
-u
|
telur,
tempuh, temenggung
|
7
|
e taling
|
-a
|
elak, dewan, belerang
|
8
|
e
taling
|
-e
taling
|
leceh,
gelek, selekeh
|
9
|
e taling
|
-o
|
esok, telor, selekoh
|
10
|
i
|
-a
|
ingat,
kilang, selinap
|
11
|
i
|
-i
|
intip, sisih, belimbing
|
12
|
i
|
-u
|
riuh,
tidur, tembeliung
|
13
|
o
|
-a
|
otak, boring, selekoh
|
14
|
o
|
-e
taling
|
oleh,
boleh, celoteh
|
15
|
o
|
-o
|
obor, borong, kelompok
|
16
|
u
|
-a
|
ubat,
tumpang, ketupat
|
17
|
u
|
-i
|
usik, kuih, gerusih
|
18
|
u
|
-u
|
untuk,
tunduk, tengkujuh
|
Bagi memudahkan kita mengingat dan memahami kesemua 18 pola
tersebut, maka rajah berikut telah dirumuskan daripada jadual di
atas. Berdasarkan Rajah 6.1, ada empat perjelasan seperti yang berikut:
i.
Garisan segi tiga yang berhubungan menunjukkan
vokal-vokal yang boleh dipasangkan antara satu sama lain,maka terbentuklah
pola:
a-i
|
u-i
|
i-u
|
i-a
|
u-a
|
e-o
|
a-u
|
o-e
|
ii.
Huruf yang berada di dalam bulatan dan separuh
bulatan menunjukkan bahawa setiap vokal tersebut boleh dipasangkan dengan vokal
itu sendiri,maka terbentuklah pola:
a-a
|
i-i
|
u-u
|
e-e
|
o-o
|
iii.
Huruf yang berada di dalam separuh bulatan
menunjukkan vokal e taling dan o berada bertentangan dan masing-masing
mempunyai anak panah yang menghala ke atas,maka terbentuklah pola:
e-a
|
o-a
|
iv.
Huruf vokal e pepet yang berada dalam segi empat
mempunyai tiga anak panah yang menghala ke huruf a, i dan u,maka terbentuklah
pola:
e-i
|
e-u
|
e-a
|
Daripada 18 pola itu,ada lapan pola yang merupakan pola yang berubah
daripada sistem ejaan lama. Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya
digunakan huruf vokal i atau u pada suku kata akhir tertutup sekiranya suku
kata praakhir menggunakan huruf vokal a,e pepet, i atau u seperti yang berikut:
Bil
|
Ejaan Lama
|
Ejaan Baru
|
||
Pola
|
contoh
|
Pola
|
Contoh
|
|
1
|
a-e
taling
|
aleh
|
a-i
|
alih
|
2
|
a-o
|
batok
|
a-u
|
batuk
|
3
|
e
pepet-e taling
|
lebeh
|
e-i
|
lebih
|
4
|
e pepet-o
|
tempoh
|
e-u
|
tempuh
|
5
|
i-e
taling
|
pileh
|
i-i
|
pilih
|
6
|
i-o
|
tidor
|
i-u
|
tidur
|
7
|
u-e
taling
|
usek
|
u-i
|
usik
|
8
|
u-o
|
untong
|
u-u
|
untung
|
|
|
|
|
|
Perkataan yang terlibat biasanya mengandungi huruf konsonan yang
berakhir dengan h, k, ng dan r.
Bagi pola yang tidak berubah daripada sistem ejaan lama,maka digunakan
huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup jika suku kata
praakhir menggunakan huruf vokal e taling atau o juga, contoh:
Bil
|
Pola
|
Contoh Perkataan
|
1
|
e taling-e taling
|
leceh, gelek, teleng, selekeh
|
2
|
e
taling-o
|
tempoh,
belok, telor, selekoh
|
3
|
o-e taling
|
oleh, boleh, ponteng, celoteh
|
4
|
o-o
|
pokok,
boron, kelompok, seloroh
|
POLA KEKECUALIAN KESELARASAN HURUF VOKAL
Bil. Pola Ejaan Contoh Kata
Bahasa Contoh Kata Bahasa
Nusantara Inggeris
1
a – e taling aneh,
awet kabaret,
jaket
2
a – o barong,
calon atom, kontraktor
3
e pepet – e taling gembleng setem
4
e pepet – o bendok,
jempol gabenor,
interkom
5
i – e taling imlek tiket,
kriket
6
i – o ijon,
pilon diftong,
transistor
7
u – e taling tulen,
ulet subjek
8
u – o buron,
bunglon kupon,
konduktor
9
a – e pepet pakem teater,
plaster
10 e taling – i - hipotesis,
objektif
1 11
e taling – u - petroleum,
spectrum
1 12
e pepet – e pepet demdem -
1 13
i – e pepet iseng artikel, filem, dividen
1 14
o – i - fosil, polis
1 15
o – u - bonus, forum
1 16
e taling – e pepet - meter
1 17
o – e pepet - Oktober, broker
Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Inggeris dan
Bahasa Eropah
Penyusunan ejaan bagi
kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang ditulis
dalam huruf Roman dilakukan dengan mengikut peraturan penyesuaian huruf, contohnya:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh
Penggunaan
a a abstrak
ae ae aerial
ai ai aileron, aising
au au audit, automatik
b,
bb b lobi, hobi
Bagi penyesuaian ejaan
daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain yang ditulis dengan
huruf Roman, yang dipentingkan Ialah bentuk ejaan dan bentuk visualnya.
Bahasa Inggeris Bahasa
Melayu
carbon jadi karbon bukan kaban
cartoon kart katun
conductor konduktor kondakter
dialogue dialog dailog
institute institut institiut
structure struktur strakcer
Kata serapan daripada
bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dikecualikan daripada
peraturan sistem keselarasan huruf vokal menurut Sistem Ejaan Rumi Baharu
Bahasa Melayu.
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
atom tetap atom bukan atum
bonus bonus bonos, bunus
fossil fosil fosel,
fusil
pistol pistol pestol,
pistul
Ejaan gugus konsonan
yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa
Eropah yang lain diterima dan dikekalkan bentuknya dalam bahasa Melayu dengan
beberapa penyesuaian. Penulisan gugus konsonan di awal kata atau awal suku kata
dikekalkan. Sebagai contoh:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
bl block jadi bl - blok
br brake br- brek
chl- chlorophyll kl- klorofil
chr- chronology kr- kronologi
cl- clinic kl- klinik
cr- credit kr- kredit
fr- franc fr- franc
gl- glocose gl- glukosa
gr- gravity gr- graviti
kn- knot kn- knot
kr- krone kr- krone
pl- plumbum pl- plumbum
pr- practical pr- praktikal
ps- psychology ps- psikologi
pt- ptomaine pt- ptomain
sc- scandal sk- skandal
scr- script skr- skrip
sk- ski sk- ski
sn- snooker sn- snuker
sp- spectrum sp- spektrum
sph- sphere sf- sfera
spr- spring spr- spring
sq- squadron sk- skuadron
st- stable st- stabil
str- structure str- struktur
tr- tragedy tr- tragedi
tz- tzar tz- tzar
Sebagai kekecualian
kepada peraturan gugus konsonan,
beberapa kata tertentu telah diterima mengikut sistem ejaan lama yang menggunakan
huruf e pepet, sebagai contoh:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
class jadi kelas bukan klas
club kelab klab, klub
glass gelas glas
grant geran gran
plan pelan plan
stamp setem stem
Penulisan huruf gugus
konsonan pada akhir kata (atau pada akhir suku kata) bagi kata yang diterima
bentuk gugus konsonannya adalah seperti yang berikut:
Bahasa Inggeris Bahasa
Melayu
-lf golf jadi -lf golf
-lt cobalt -lt kobalt
-nce science -ns sains
-nk bank -nk bank
-ps forceps -ps forseps
-rd standard -rd standard
-rm chloroform -rm kloroform
-rt consert -rt konsert
-x complex -ks kompleks
-xt text -ks teks
Huruf gugus konsonan
di akhir kata dalam bahasa Inggeris yang disesuaikan dengan penambahan huruf
vokal dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
-ct fact jadi -kta fakta
-gm paradigm -gma paradigma
-ism materialism -isme materialisme
Kata daripada bahasa
Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang sudah sebati atau telah lama terserap
dalam bahasa Melayu dikekalkan ejaannya mengikut kaedah ejaan bahasa Melayu, contohnya:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
bureau jadi biro bukan bureau
custom kastam kustom
driver drebar driber, driver
modern moden modern
pension pencen pension
station stesen station, stasion, stesyen
Semua huruf ‘g’ yang
diucapkan ‘j’ dalam bahasa Inggeris tetap diterima sebagai huruf ‘g’ juga dalam
bahasa Melayu. Sebagai contoh:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
agenda tetap agenda bukan ajenda
gymnasium gimnasium jimnasium
technology teknologi teknoloji
tragedy tragedi trajedi
Huruf ‘g’ yang
diucapkan ‘j’ mengikut sebutan dalam bahasa Inggeris, disesuaikan menjadi huruf
‘j’ dalam bahasa Melayu, sebagai contoh:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
agent jadi ejen, agen
college kolej
contingent kontinjen
engine enjin
Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Arab
Terdapat dua cara
untuk mengeja kata setapan daripada bahasa Arab dalam bahasa Melayu, iaitu:
Kata umum daripada
bahasa Arab yang sudah terserap atau sebati dalam bahasa Melayu dieja dalam
tulisan Rumi seperti mengeja kata jati bahasa Melayu, sebagai contoh:
sahabat
darurat
hakim
izin
kubur
zat
sabar
zalim
Istilah daripada
bahasa Arab boleh ditulis menggunakan kaedah transliterasi
huruf Arab ke tulisan Rumi, sebagai contoh:
hadith
kidhib
isti’mal
qunut
riya’