Isnin, 15 Disember 2014

SUKU KATA /ha/

Anda mungkin biasa terbaca perkataan yang mempunyai suku kata /ha/ dalam binaan sesuatu perkataan. Sebagai contoh perkataan /ba/ha/sa/, /ma/ha/gu/ru/ dan banyak lagi.

Dalam artikel ini mari kita memperkatakan tentang suku kata /ha/ yang mungkin difahami sebagai satu bentuk penambahan atau lebih tepat sebagai imbuhan. Tetapi harus diingat, tiada imbuhan sisipan -ha- dalam bahasa Melayu.

Namun cuba anda teliti perkataan-perkataan berikut :

  1. baru ~ baharu
  2. bagi ~ bahagi
  3. daga ~ dahaga
  4. dagi ~ dahagi
  5. saja ~ sahaja
  6. saya ~ sahaya
Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, untuk memahami maksud setiap perkataan yang disenaraikan di atas.

Ini kerana masih terdapat kekeliruan dalam penggunaan perkataan yang mempunyai penambahan suku kata /ha/. Berbagai tanggapan diberi berhubung perkataan baru dan baharu, walaupun pada asasnya mempunyai makna yang sama tetapi dewasa ini makna bagi kedua-dua perkataan tersebut telah diperinci dalam beberapa aspek.

Apa pula halnya dengan perkataan-perkataan lain, berlakukah aspek perincian makna sebagaimana yang banyak diperkatakan bagi perkataan baru dan baharu.

Apa kata para pembaca artikel ini melakukan sedikit penyelidikan dan menyelesaikannya.